Selamat Kembali, perjuangan tetap kita teruskan


3 hari 'bercuti' dari dunia blog terasa rindu untuk menukilkan apa yang terbuku di hati. Saban hari musuh perjuangan Islam tidak henti-henti memfitnah dan mentohmah pimpinan Parti Islam walaupun di bulan Ramadhan malah di Hari Raya Aidil Fitri pun pencacai mereka terus menghamburkan senjata fitnah tidak kira masa dan waktu. Inikah yang dikatakan mahu kepada perpaduan sedangkan saban hari kita disumpah seranah, difitnah dengan cerita rekaan yang terbukti tidak benar. Namun oleh kerana mereka mempunyai media arus perdana maka mereka bebas melakukan apa sahaja.


Kita tidak kisah semua itu kerana Nabi Muhammad S.A.W yang maksum sendiri pun difitnah dengan pelbagai tuduhan seperti pemecah belah masyarakat, gila, ahli sihir dan sebagainya. Apatah lagi kita yang dhaif dan lemah itu. Semua itu kita serahkan kepada Allah. Apa yang penting kerja buat kita menyampaikan risalah Islam tetap kita teruskan. Samada kita menang atau tewas di dunia kita tetap akan menang di Hari Akhirat yakinlah.

Comments