Sejarah negara perlu ditulis semula

Pimpinan PAS membuat kenyataan bahawa sejarah negara yang ada sekarang ditulis secara tidak jujur dan mempunyai tujuan dan niat tidak adil serta tidak baik.

Pemimpin-pemimpin agama, melayu dan lain-lain dimusuhi, ditangkap dan dibunuh oleh British. Antara mereka ialah Dato Bahaman, Mat Kilau, Dol Said, Tok Janggut, Hj Abdul Rahman Limbong, Abu Bakar Al Baqir, Burhanuddin Helmi, Ibrahim Yaakub dan lain-lain.

PAS tidak menafikan sumbangan Dato Onn, Tengku Abdul Rahman dan sebagainya yang mengambil keputusan untuk berjuang secara 'peaceful cooperation' dengan British.

PAS mengharapkan sumbangan pejuang-pejuang yang terdiri dari pahlawan Melayu, Tokoh Agamawan dan lain-lain tidak menafikan dalam memperjuangkan kemerdekaan. Jangan hanya menganggap Dato Onn dan Tengku Abdul Rahman sahaja yang memperjuangkan kemerdekaan.

Comments