Sanggah Umno, bantah bantah dan berlawan dengan Umno adalah kesalahan besar sehingga boleh dilucutkan kewarganegaraan. Inilah fenomena yang mungkin berlaku jika otak dan minda pemimpin Umno dilayan dan dituruti. Dalam kes Mohammad Sabu, beliau awal-awal lagi dicadangkan supaya dilucutkan kewarganegaraan. Kesalahannya hanyalah kerana beliau tidak sependapat dengan Umno. Beliau menyatakan bahawa Allahyarham Mat Indera adalah pejuang, tetapi Umno termasuk Menteri Besar Johor berkata Mat Indera adalah pengganas dan komunis.
Patutlah sekarang ramai Pendatang Tanpa Izin (PATI) diberikan kerakyatan dan hak untuk mengundi kerana lepas ini kemungkinan rakyat kita yang menyanggah Umno akan dilucutkan kerakyatan dan diganti dengan PATI yang akan menjadi anak emas Umno dan BN pada PRU 13 nanti.
Kalau beginilah permainan politik Umno alamat lingkup negara kita suatu hari nanti yang mungkin tidak lama masanya .....................

Comments