Rakyat tertunggu-tunggu Negara Berkebajikan PAS

Rakyat Malaysia sedang menunggu negara berkebajikan yang akan digagaskan oleh PAS kata Ketua Penerangan PAS. Oleh kerana itu PAS akan mengadakan road show berupa konvensyen Negara Berkebajikan ke seluruh negara dalam masa 2 atau 3 bulan ini, kata Ketua Penerangan PAS, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya PAS juga akan mengadakan himpunan Blogger-Blogger dan media Pas untuk disebarkan makluman tentang negara berkebajikan ini.

Terdekat konsep negara berkebajikan ini dibentang pada program sambutan 60 tahun PAS di Pulau Pinang pada 1 Oktober akan datang.

Comments