PRU 13 : Najib pun tak layak JADI CALON BN, dia bukan calon yang boleh menang.

Presiden Umno, Najib Razak sudah beberapa kali menyatakan bahawa Umno/BN akan meletakkan calon yang boleh menang di semua kerusi samada parlimen atau Dun. Memang sedap bunyinya cakap Najib ini. Tetapi beliau tidak sedar bahawa beliau sendiri kalau calon yang tidak boleh menang atau calon yang akan menyebabkan peluang Umno/BN untuk menang menjadi tipis. Ini kerana pelbagai masalah yang beliau hadapi dan telah beliau lakukan sehingga rakyat menjadi semakin benci kepada Umno/BN.

Ini ditambah lagi dengan gelagat 'Mem Besar'nya Rosmah yang menyebabkan rakyat dan kalangan pemimpin Umno/BN sendiri menjadi semakin meluat kepada Najib. Perdana Menteri itu boleh disifatkan sebagai liabiliti atau biawak hidup yang terpaksa digalas oleh Umno/BN. 

Beban menanggung Najib dan Rosmah ini memang sukar untuk dipikul oleh Umno/BN. Malangnya Najib tidak sedar diri dan syok sendiri. Tukang-tukang bodek di  keliling kelalang beliau juga terus mengampu beliau tanpa Najib sedari. 

Pelbagai isu yang dikaitkan dengan anak Perdana Menteri kedua ini yang tidak dijelaskan dengan meyakinkan oleh beliau antaranya isu Altantuya, isu scorpene, isu cincin, isu pembaziran dan sebagainya.

Sejak dari dahulu lagi pemimpin PAS menasihatkan Najib supaya membersihkan namanya dari semua isu tersebut dengan menyaman pihak yang menuduh dan mendakwa beliau terlibat dengan isu-isu di atas. Namun beliau tetap berdiam diri. Kini musuh-musuh politik beliau khasnya dari dalam menggunakan isu tersebut secara halus untuk menerajang beliau dari tampuk pemerintahan yang sangat diidamkan oleh orang-orang politik yang menjadi takhta, wanita dan harta sebagai matlamat perjuangan.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar hari ini berkata berkata  langkah Dr Mahathir yang menasihatkan Najib agar melewatkan pilihan raya umum ke-13 adalah satu bentuk tekanan terhadap Najib selaku Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).
Mahfuz melihat dalam Umno sekarang berdepan isu calon atau isu parti sendiri yang mana mereka mahu meletakkan calon yang boleh menang... Tun Mahathir cuba beri mesej bahawa beliau (Najib) juga tidak berkelayakan sebagai seorang calon.
Beliau berkata Najib menjadi liabiliti dan beban kepada Umno-BN, sebab itu diminta supaya dilewatkan pilihan raya umum ke-13, malah dalam Umno juga ada gesaan supaya Najib berundur sebelum pilihan raya umum ke-13,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Memang tidak syak lagi bahawa ramai di kalangan pemimpin Umno yang sedar bahawa Najib menjadi penyebab kepada berkurangannya sokongan kepada Umno/BN sekarang. Lantaran itulah mereka memulakan tekanan kepada Najib secara senyap dan terang-terangan.

Comments