PRU 13 lewat sikit pun tidak apa - kata Dr Mahathir

Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang masuk semula Umno setelah keluar beberapa tahun lalu, berkata Pilihanraya Umum ke 13 boleh diadakan lewat sedikit bagi memberi peluang kepada Presiden Umno, Najib Razak memilih calon sesuai untuk mewakili BN.


Apabila ditanya masa sesuai untuk mengadakan pilihan raya, Dr Mahathir berkata 'lewat sikit pun tidak apa". 

"Ini boleh memberi masa kepada Najib untuk membuat penilaian siapa yang harus menjadi calon,"
katanya ketika ditemui media dalam sesi rakaman rancangan Bicara Negarawan bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya, semalam.



Kenyataan Mahathir menggambarkan kepada kita bahawa beliau sendiri tidak yakin BN akan menang selesa andainya pilihanraya umum ke 13 diadakan sekarang.  


Dr Mahathir juga berkata Najib yang juga Pengerusi BN harus menerangkan kepada bakal-bakal calon untuk meraih sokongan di akar umbi. 

"Jesteru itu, adalah lebih baik untuk memastikan parti yang meraih kemenangan agar rakyat yang dapat nikmat," katanya dipetik dari Malaysiakini.

Comments

Anonymous said…
kalau cepat anak dia (mukhriz) tak jadi pmlah.
silap2 gaya duduk kat sungai buloh.
cerdik juga mahathir ni, ya.

- outa mamak