PAS tiada hubungan dengan KOMUNIS, siapa pula sahabat PARTI KOMUNIS?

Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Azrin Majed berkata sejarah telah membuktikan bahawa Pas tidak pernah membuat sebarang hubungan, kerjasama dan perjanjian dengan parti komunis. 


"Tetapi sejarah juga sudah membuktikan bahawa Umno/BN telah dan sedang membuat hubungan, kerjasama dan perjanjian dengan parti dan penganut komunisme." 


"Ada tak penganut fahaman nasionalis/kapitalis itu yang sudah, sedang dan akan mengikat hubungan kekeluargaan pula dengan penganut fahaman komunis tersebut?" soal beliau dipetik dari laman FB Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka.


Terbukti bahawa Umnolah satu-satunya parti politik di Malaysia yang mempunyai hubungan erat dengan parti komunis.

Comments