Najib jangan pejam mata, tuduh PR tak buat apa!

NONEPresiden Umno dalam ucapannya malam tadi menyatakan bahawa  hanya BN yang mampu menjalankan perubahan, manakala Pakatan Rakyat hanya boleh menabur janji untuk berbuat demikian.

Katanya, BN telah berada di "kelok hadapan" dalam menjalankan reformasi - seperti yang boleh dilihat dalam pengumumannya sebelum ini.

Beliau menyifatkan pengumumannya untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan juga Ordinan Darurat sebagai bukti bahawa BN mampu membawa perubahan tersebut.

Perdana Menteri berkata demikian pada program anjuran Kelab Adun BN Malaysia di Kuala Selangor malam tadi.

Najib jangan buat lupa atau buat tidak tahu bahawa sudah terbukti kerajaan negeri-negeri PR jauh lebih baik dari BN walaupun mereka mempunyai kedudukan kewangan yang terhad. 

Cuba Najib selidiki program kebajikan yang dijalankan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan ianya jauh lebih baik dari negeri-negeri BN. Cuma masalahnya media massa tidak memberikan publisiti kepada program tersebut.

Negeri-negeri PR ini juga berjaya menguruskan kewangan negeri masing-masing lebih telus, professional dan baik di mana ianya diakui sendiri oleh Ketua Audit Negara dalam laporan tahunannya. Malah sudah terbukti bahawa tiada rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa berlaku dalam urustadbr kerajaan-kerajaan negeri PR berbanding negeri-negeri BN yang tidak perlu diulas di sini kerana 'orang kampung semua sudah tahu'.

Rakyat juga dapat membezakan yang mana Wakil Rakyat BN dan PR. Baru setahun jagung menjadi Wakil Rakyat rumah besar dan kereta besar ditayangkan kepada rakyat. Berbanding  dengan pimpinan PR contohnya Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang tinggal di rumah kayu usang masing-masing.

Tak perlulah wakil-wakil rakyat BN berlakon tidur di rumah rakyat kerana rakyat sudah kenal mereka. 

Comments