Najib ikut Mahathir BUBAR Parlimen selepas bentang Bajet 7 Oktober

Perdana Menteri Najib Razak dijangka akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober iaitu sebaik sahaja selesai membentangkan Bajet 2012.


Selepas tarikh pembubaran SPR mempunyai 60 hari untuk mengadakan pilihanraya.


Najib akan menggunakan Bajet 2012 dengan segala gula-gula dan janji manis dalam Bajet 2012 sebagai senjata utama untuk memancing undi.


Tindakan membubarkan parlimen selepas membentang bajet ini pernah dilakukan oleh Mahathir iaitu pada PRU 1999. Adalah dijangkakan Najib akan mengikuti jejak langkah mentornya itu untuk membubarkan parlimen.


Samada benar atau tidak kita tunggu dan lihat. Namun begitu tanda-tanda besar parlimen akan dibubarkan kelihatan dengan jelas.


Mungkin Najib sudah memperolehi ilham dan kecenderungannya kepada nombor 11 juga boleh diambil kira. Mungkin PRU 13 akan diadakan pada 11.11.11.

Comments

tungkaran hati said…
Percepatkanlah perlaksanaan hukum Hudud dinegeri-negeri PR sebelum PRU13....Insyaallah PR akan dapat menawan Putrajaya!
Tolonglah jangan beri alasan yang bukan-bukan untuk tidak melaksanakan Hudud!