Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor takut untuk memberikan keterengan di mahkamah sebagai saksi. Mereka berdua dijangka memfailkan permohonan untuk menolak sepina yang mewajibkan mereka untuk tampil sebagai saksi pada perbicaraan liwat yang membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung.
Sepatutnya sebagai seorang Perdana Menteri beliau mestilah bersifat sebagai seorang negarawan yang berani kerana benar takut kerana salah. Apa yang hendak ditakutkan jika diri kita tidak bersalah dan tidak terbabit dengan sebarang jenayah atau konspirasi.
Saya mencadangkan kepada Najib dan Rosmah supaya membatalkan hasrat untuk menolak sapina tersebut tetapi sebaliknya berjiwa besar bersedia untuk dipanggil menjadi saksi bila-bila masa. Tindakan professional mereka berdua ini akan mengurangkan prasangka buruk rakyat kepada mereka berdua. Tindakan Najib menolak sapina akan memburukkan lagi penerimaan rakyat kepada Najib dan Rosmah yang memang sudah sedia dipandang serong oleh rakyat.
Comments