Seorang pembaca Harakahdaily yang menamakan dirinya Fauzi Hashim mendedahkan bahawa Minggu Haluan Siswa (MHS) Universiti Malaya (UM) tidak menitikberatkan solat sehingga ada mahasiswa baru yang tidak dapat menunaikan solat dalam waktunya.
Jika benar perkara ini berlaku saya menggesa pihak UM menyiasat dan mengambil tindakan ke atas pencabulan hak asasi mahasiswa untuk menunaikan kewajipan bersolat. Ini merupakan suatu perkara yang sangat serius dan mesti benteras segera. Saya menggesa jika benar ada Pembantuan Mahasiswa yang menghalang atau tidak membenarkan mahasiswa baru menunaikan solat, mereka hendaklah diambil tindakan serta merta.
Coretan beliau dibawah ini :
Ada satu lagi berita yang kurang baik diceritakan oleh anak saudara saya iaitu berkenaan dengan solat yang tidak dititiberatkan ketika MHS.
Semalam, katanya rakannya di Kolej Kediaman Ketiga tidak sempat solat Asar kerana tergesa-gesa berkejar ingin ke Dewan Tunku Canselor UM untuk aktiviti pada jam 5 dan berakhir jam 7.15 petang.
Dan bukan itu sahaja, malah Pembantu Mahasiswa (kami dulu panggil PP) seolah-olah tersenyum jer mendengar luahan pelajar baru untuk meminta kebenaran solat.
Minta semua yang baca ni ambik cakna.
Inikah yang digelar universiti terbaik negara? Apa sebenarnya yang ingin ditekankan dalam minggu orientasi UM nie? Dan siapa yang ingin bertanggungjawab atas semua ini?
Gambar di atas hanya sekadar hiasan.
Comments
Saya rasa soal solat tak menjadi masalah. PM(pembantu mahasiswa) kami sangat-sangat menitikberatkan soal solat. malah kami digalakkan berjemaah. :)
Mungkin pelajar tersebut tak tahu membahagi masa.