Mat Sabu terus difitnah, Video Klip skandal Mat Sabu-Normah Halim disebar

Fitnah terhadap Mat Sabu tidak tertakluk kepada isu komunis dan kemerdekaan sahaja. Kini ianya merebak pula kepada kisah lama apa yang dikatakan sebagai Skandal Mat Sabu-Normah Halim. Kini tersebar di internet Klip Video memfitnah beliau.

Walaupun mahkamah telah membebaskan beliau tetapi musuh-musuh beliau terus memainkan fitnah tersebut yang didakwa berlaku sekitar tahun 1995 ketika Mat Sabu menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Terbukti pihak tertentu tidak dapat menangkis hujah-hujah berkenaan kemerdekaan dan isu berkaitan dengannya mereka cuba pula memainkan isu peribadi sebagaimana mereka memfitnah Anwar Ibrahim. Rakyat terutama golongan muda semakin mengerti tentang siapa pejuang kemerdekaan sebenar. Mereka juga semakin faham dengan fakta sejarah yang digelapkan pihak tertentu demi survival politik mereka sendiri.

Saya yakin rakyat tidak mudah terpengaruh dengan fitnah dan tohmah ini, taktik lama yang diulangtayang semula. Ianya tidak mampu menggugat kemarahan rakya terhadap keadaan sekarang di mana rakyat semakin terhimpit dan sengsara dengan kos sara hidup yang meningkat.

Comments