Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu wajar diusir dari negara ini kerana sikap biadabnya yang sanggup menghina pejuang kemerdekaan negara.
Ahli Dewan Negara, Senator Mohamed Ezam Mohd. Noor berkata, ini kerana tiada tempat di negara ini bagi mana-mana rakyat yang sanggup mengangkat komunis sebagai hero seperti mana yang dilakukan Mat Sabu.
Malah, katanya, Mat Sabu juga melanggar garisan sebagai seorang rakyat yang beradab apabila menghina Bapa Kemerdekaan Negara, Tunku Abdul Rahman. Kenyataan dangkal Ezam ini dipetik dari media pencacai Umno, Utusan M@%$$#
Jadi kalau kita ikut idea Ezam maka Mat Sabu akan diusir dari Malaysia hanya kerana fitnah dari media Pencacai Umno. Selepas ini sudah tentu ramai yang akan diusir, dilucutkan kewarganegaraan dan sebagainya.
Kalau Ezam menjadi Menteri Dalam Negeri saya rasa ramai yang kena buang daerah, buang negeri dan dilucutkan kewarganegaraan.
Comments