Mat Sabu berceramah di Melaka malam ini

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohammad Sabu akan berceramah di Surau Ustaz Ali Permatang Pasir, Dun Telok Mas malam ini.

Program ceramah tersebut akan bermula pada jam 9.00 malam. Turut berceramah malam ini ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari dan pimpinan PR negeri Melaka. Ceramah ini dijangka menarik perhatian ramai ekoran fitnah yang dilemparkan oleh Umno dan media pencacainya kepada Mohamad Sabu.. Timbalan Presiden PAS itu telah membuat tuntutan saman Isnin lalu.

Seluruh rakyat negeri Melaka dijemput hadir bagi mendengar kupasa tuan empunya badan tentang fitnah dan tohmah yang dimainkan media pencacai Umno.

Comments

Anonymous said…
http://analisakumbang.blogspot.com/