Mat Indera Pengganas dan Pejuang Bangsa, mana satu yang betul

Mat Indera pengganas atau pejuang bangsa. Kalau mengikut 'kamus' British sudah tentu Mat Indera adalah pengganas. Tetapi kalau dilihat dari kacamata lain, Mat Indera adalah pejuang yang menentang penjajahan British.

Malangnya oleh kerana sejarah ditulis oleh British dan diteruskan oleh pemimpin yang berminda British maka Mat Indera terus dilabelkan sebagai pengganas walaupun ada pakar-pakar sejarah yang setuju bahawa beliau seorang pejuang.

Semuanya bermula dengan keberanian Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu mengutarakan isu ini. Semuanya terbongkar sekarang, di mana rakyat mula membuka mata tentang sejarah sebenar yang digelapkan oleh British dan Umno.

Bagi menutup segala kebenaran ini Umno menyerang dan memfitnah Mat Sabu. Seperti kata Hishamuddin Rais, Mohamad diserang kerana penipuan fakta kemerdekaan oleh Umno selama ini ibarat sudah pecah tembelang.

Kontroversi kenyataan Mohamad berhubung isu Mat Indera katanya telah menyebabkan masyarakat mula sedar sejarah sebenar kemerdekaan.

"Untuk Umno, (Bukit Kepong) inilah kiblat perjuangan mereka. Setiap tahun tunjuk Bukit Kepong.

"Sekarang Umno dan Utusan takut sebab tembelang pembohongan sudah pecah, kiblat mereka sudah runtuh," katanya sambil memuji keberanian Mohamad.

Umno juga jelasnya cuba memperbodohkan rakyat dengan tulisan sejarah versi mereka.

Sehubungan itu, isu Mat Indera ini perlu dijadikan momentum untuk rakyat melihat kembali sejarah negara.

Aziz Bari pula turut sependapat bahawa Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan bukan pengkhianat bangsa seperti didakwa Umno.

Katanya ianya turut dibuktikan dengan beberapa fakta sejarah dan testimoni ahli keluarganya.

"Sehingga kini belum ada kenyataan konkrit bagi menafikan hujah ini," katanya.

Dalam forum tersebut, kesemua mereka juga turut bersetuju agar sejarah perjuangan kemerdekaan negara ini perlu juga mengiktiraf jasa golongan agamawan nasionalis dan golongan kiri yang mengangkat senjata menentang penjajah, dan bukannya dari tokoh Umno semata-mata.

Comments