Pemimpin Umno dan Media pencacai Umno mesti memohon maaf kepada kerajaan negeri Johor dan keluarga Mat Indera kerana mencerca dan menghina Mat Indera dengan pelbagai gelaran yang tidak sepatutnya.
Ternyata pemimpin Umno dan Media Pencacainya buta sejarah dan tidak cermat dalam mengeluarkan kenyataan. Mereka langsung tidak membuat penyelidikan rapi, tanpa usul periksa mereka membabi buta menghaburkan tuduhan dan tohmahan kepada Mat Indera dan Mat Sabu yang menyanjung Mat Indera.
Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat berkata Umno telah mengguris hati rakyat Johor kerana mendakwa Mat Indera (gambar) adalah pengkhianat bangsa.
Gambar atas : Allahyarham Muhammad Indera atau Mat Indera
Ternyata pemimpin Umno dan Media Pencacainya buta sejarah dan tidak cermat dalam mengeluarkan kenyataan. Mereka langsung tidak membuat penyelidikan rapi, tanpa usul periksa mereka membabi buta menghaburkan tuduhan dan tohmahan kepada Mat Indera dan Mat Sabu yang menyanjung Mat Indera.
Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat berkata Umno telah mengguris hati rakyat Johor kerana mendakwa Mat Indera (gambar) adalah pengkhianat bangsa.
:Umno tidak cermat mengulas isu serangan Rumah Pasung Bukit Kepong yang membabitkan Mat Indera."
"Mereka (Umno) telah mengguris hati rakyat Johor kerana mendakwa Mat Indera pengkhianat bangsa. Sedangkan dalam buku Pengukir Nama Johor mengiktiraf Mat Indera sebagai pejuang bangsa,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya, buku Pengukir Nama Johor yang diterbitkan Yayasan Warisan Johor itu dinaungi oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman sendiri.
"Saya sebagai Ketua Pemuda PAS Johor sangat kecewa dengan tindakan Umno yang tidak mengiktiraf jasa Mat Indera.
"Saya yakin seluruh rakyat negeri Johor terguris dan kecewa dengan tindakan Umno,” ujarnya.
Saya menggesa kerajaan negeri Johor dan keluarga Mat Indera supaya tampil menggesa pemimpin Umno dan Media Pencacai Umno MEMOHON MAAF terhadap sikap kurang ajar mereka menuduh Mat Indera dengan pelbagai tuduhan.
Jika mereka enggan memohon maaf saya mencadangkan kerajaan Johor dan keluarga Mat Indera mengambil tindakan mahkamah bagi membersihkan nama Mat Indera, keluarganya dan kerajaan negeri Johor.
Saya yakin Peguam PR boleh membantu mereka mengambil tindakan mahkamah kepada pemimpin kurang ajar dan media tidak beradab tersebut.
Sementara itu Harakahdaily melaporkan bahawa keluarga Mat Indera mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana bersusah payah membersihkan nama allahyarham. Adiknya, Johan Shah menyatakan demikian di dalam sistem mesej singkat (SMS) kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang bertemunya dan keluarga terdekat Mat Indera di Muar, pagi tadi. Ini adalah mesej adik Mat Indera kepada Mohamad Sabu yang dihantar pula Timbalan Presiden PAS itu kepada media. "Assalamualikum... kami bagi pehak keluarga allahyarham Mat Indra mengucapkan berbanyak T Kaseh kpd semua ajk pusat Pas kerana bersusah payah utk membersehkan nama abang saya yang selama ini amat saya tuggu2kan. semoga Allah memberikan segakla kemudahan amin.. Hidup Pas" Menurut laman web Wikipedia, Johan Shah mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis. Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggota polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina. Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Rumah Pasung Bukit Kepong. |
Gambar bawah : SUhaizan dan adik Mat Indera iaitu Johan Shah.
Comments