Malaysia lebih majmuk sekarang

Kewarganegaraan dan kerakyatan jadi bahan dagangan dan mainan. Hak mengundi jadi bahan bahan lelongan dan perniagaan. Semuanya gara-gara puak-puak yang tamakkan kuasa menggunakan kuasa mereka memberi kerakyatan dan hak mengundi kepada pendatang dengan mudah asalkan mereka mengundi golongan tidak bermaruah ini.

Malaysia yang dulunya sudah majmuk dengan orang Melayu, Cina, India sebagai komponen utama kini ditambah dengan bangsa Bangladesh, Nepal, Pakistan, Indonesia dan lain-lain.

Bukti terbaru yang diperolehi dari pengakuan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina yang dipetik dari www.ngoab.gov.bd - laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu.
Mengikut laman itu, Sheikh Hasina berkata pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.
Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu.
Katanya, mereka juga diberi hak sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Selepas rakyat komposisi rakyat Malaysia akan seperti berikut : Melayu X%, Cina Y%, India Z%, Bangladesh B%, Indonesia C, Pakistan D %, Nepal E% dan sebagainya. 
Hak keistimewaan rakyat Malaysia terpaksa dikongsi dengan pendatang tanpa izin yang dihadiahkan dengan kewarganegaraan dan hak menundi. Bantuan Pendidikan, Kesihatan dan sebagainya terpaksa dikongsi dengan Mat Bangla, Mat Nepal, Mat Indon dan sebagainya.
Inilah bahananya apabila tampuk kekuasaan diberikan kepada orang yang tidak takut kepada Allah. Apa juga kerja yang mereka yakin akan memberikan kemenangan kepada mereka akan dilaksanakan oleh mereka tanpa rasa takut dan segan.

Comments