Komunis baik komunis jahat, Najib cuba kelirukan rakyat

Najib dalam jawapan balas terhadap pendedahan PAS bahawa Umno menjalinkan hubungan baik dengan Parti Komunis China, berkata bahawa komunis yang ada pada hari ini telah meninggalkan ideologi lama mereka yang jauh berbeza dengan komunis dahulu.

Hebat sungguh Najib hendak mengelirukan rakyat tentang fahaman komunis. Katanya, Umno berkawan dengan Parti Komunis Cina (yang sudah pasti tidak meninggalkan ideologinya) tidak menjadi masalah kerana katanya parti itu sudah meninggalkan ideologi komunisnya. 

Sekali lagi Najib memperbodohkan rakyat yang sebenarnya sudah sarat dengan maklumat. Najib lupa sekarang ini bukan era 50-an atau 60-an malah bukan juga era 70-an, yang mana sekarang lambakan maklumat terhidang di hadapan kita. 

Mana mungkin seseorang atau sesebuah parti komunis boleh meninggalkan ideologi komunisnya dengan mudah. Malah Parti Komunis Cina masih mengekalkan namanya dengan perkataan komunis. Komunisme tidak percaya kepada kewujudan Tuhan. Ini menyebabkan ramai penduduk beragama tidak menyokong komunis. Kerajaan komunis juga sering menindas mereka yang berpegang kepada agama. KIta lihat sahaja bagaimana etnik Islam di China masih ditindas di China. Inilah parti yang menjadi sahabat Umno. 

Sejarah komunisme

Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitariantanpa kelas, dantanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. Karl Marx menganjurkan komunisme sebagai peringkat akhir dalam masyarakat manusia, yang boleh dicapai melalui revolusi golongan proletariat. "Komunisme tulen" menurut Marx merujuk kepada masyarakat tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik dan sosial.
Sebagai ideologi politik, komunisme dianggap sebagai satu cabang sosialisme; satu falsafah luas berkenaan ekonomi dan politik yang dipengaruhi oleh pelbagai gerakan politik dan intelektual dengan asalnya dari hasil kerja mereka pada Revolusi Perindustrian dan Revolusi Perancis. Komunisme cuba untuk memberi satu alternatif kepada masalah dalam ekonomi pasaran kapitalisme dan warisan penjajahan dannasionalisme. Marx menyatakan hanya satu jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah ini adalah bagi golongan pekerja (proletariat), yang menurut Marx adalah pengeluar utama kekayaan dalam masyarakat yang dieksploitasi oleh kelas kapitalis (borjuis), menolak golongan borjuis ini daripada kelas pemerintah bagi menubuhkan masyarakat bebas tanpa pembahagian kelas dan kaum.
Selain Karl Marx, tokoh penting lain adalah Friedrich Engels. Fahaman dominan komunisme seperti LeninismeStalinismeMaoisme danTrotskyisme adalah berakar dari Marxisme. Akan tetapi wujud juga fahaman bukan Marxisme dalam komunisme seperti komunisme Kristian. Dalam gunaan zaman moden, komunisme selalu merujuk kepada Bolshevisme atau Marxisme-Leninisme.
Era kegemilangan komunisme ialah antara akhir Perang Dunia II dan tahun 90-an apabila komunisme berkuasa di Kesatuan Soviet. Komunisme juga mempunyai pandangan bahawa "agama adalah racun yang boleh mengongkong pemikiran rakyat".
Walaupun ramai yang menganggap ideologi komunisme sudah lemah berikutan jatuhnya Kesatuan Republik Soviet pada tahun 1991, namun ideologi itu tetap wujud dalam bentuk sosialisme. Masih terdapat Parti Komunis di negara-negara lain seperti di barat yang memperjuangkan hak pekerja, pelajar dan bersikap anti-penjajah.

Comments