Kerajaan Melaka begitu 'alergic' dengan Pembangkang, takut bayang-bayang sendiri

Kerajaan Negeri Melaka takut kepada  kepada bayang-bayangnya sendiri sehingga menafikan fakta bahawa 5 Dun Melaka diwakili oleh pembangkang iaitu DAP.

Dalam laman web rasmi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka http://adun.melaka.gov.my/   tidak di sertakan sekali maklumat tentang ADUN dan DUN dari Pembangkang.

Kerajaan Melaka tidak dapat menerima kenyataan bahawa 5 kerusi Dun di Melaka dimenangi pembangkang.

Macamana mereka boleh menafikan fakta dan tidak dapat menerima keputusan rakyat. Sepatutnya sebagai laman web kerajaan, pihak terbabit tidak mendiskriminasikan Adun pembangkang keraan mereka dipilih oleh rakyat dan juga berkhidmat untuk rakyat".

Ini bukan laman web Umno atau BN, ini laman web rasmi kerajaan yang menggunakan domain kerajaan iaitu gov.com.

Saya menggesa pihak berkenaan dan 'webmaster' laman web tersebut supaya segera membuat pembetulan agar rakyat tidak memandang serong kepada kerajaan.

Jangan dek kerana sentimen politik kita tidak dapat membezakan yang mana laman web kerajaan dan parti.


Untuk rekod 5 Dun dimenangi oleh DAP pada PRU 12 lalu iaitu melalui YB Betty Chiew, DUN Kota Laksamana; YB Khoo Poay Tiong, DUN Ayer Keroh; YB Lim Jak Wong, DUN Bachang; YB Goh Leong San, DUN Kesidang, dan YB Tey Kok Kiew DUN Banda Hilir

Comments

Unknown said…
hahahahah....
kalau PAS dah menang nanti buatlah portal sendiri yer...