Kerajaan BN prihatin, tangguh kenaikan cukai 6 % untuk Top Up?

rais yatimSemua empat pengendali utama telekomunikasi (telco) di negara ini bersetuju menangguhkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pengguna talian telefon prabayar sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Setelah mengadakan perundingan dengan syarikat-syarikat telekomunikasi utama yang terlibat dengan isu cukai perkhidmatan, kesemuanya telah bersetuju supaya cukai perkhidmatan enam peratus yang akan dikenakan kepada pengguna ditangguhkan dan tidak lagi dikuatkuasakan seperti yang diumumkan sebelum ini.

"Perbincangan melibatkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan U Mobile berlangsung dalam suasana cukup baik, mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen yang dilahirkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim selepas bermesyuarat kira-kira sejam bersama wakil pengurusan tertinggi syarikat telekomunikasi itu.

Mereka ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom Datuk Shazalli Ramly, CEO Kumpulan Digi Henrik Clausen, CEO Kumpulan Maxis Sandip Das dan CEO U Mobile Dr Kaizad Heerjee.

Hebat sungguh kerajaan BN begitu prihatin sehingga berjaya menangguhkan kenaikan cukai ini. Tetapi benarkan mereka begitu prihatin.? Mengapa sebelum ini Telco berani mengumumkan kenaikan 6 % itu. Selepas ditentang hebat baru kerajaan BN meminta Telco menangguhkannya. Itu pun bukannya batal cuma tangguh, maknanya suatu hari nanti ianya akan dikenakan mungkin lebih tinggi dari 6 % siapa tahu. Mungkin selepas PRU 13 ianya dilaksanakan sesudah BN berkuasa semula (jika BN menang).

Mungkin juga episod ini hanya drama rekaan BN dan Telco bagi menunjukkan keprihatinan kerajaan kepada rakyat kononnya mereka begitu mengambil berat terhadap kebajikan rakyat. Jika benar kerajaan ikhlas banyak lagi yang mesti kerajaan lakukan antaranya turunkan harga minyak dengan memberhentikan subsidi kepada Penjana Bebas; kawal harga barangan; turunkan tarif elektrik dan sebagainya.

Rakyat semakin sengsara sekarang. Naik Top Up mungkin tidak memberi kesan ketara kepada rakyat tetapi kenaikan harga barang dan tarif air serta elektrik amat membebankan rakyat.

Comments