Hukum hudud bukan isu bermusim seperti yang dimainkan oleh parti pembangkang, namun ia adalah hukum yang perlu dilaksanakan secara berterusan jika pemimpin pembangkang benar-benar mahu melaksanakan hukum tersebut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom berkata, tidak perlu pemimpin politik terus bercakap mengenainya untuk mendapat sokongan rakyat, kerana hudud adalah hukum Allah dan semua umat Islam perlu menerimanya.
"Di negara kita, hukum hudud ini sudah menjadi macam satu perkara bermusim serta menjadi ungkapan bagi pihak-pihak tertentu.
"Hukum hudud bukan soal retorik dan kita perlu cari kesefahaman sesama kita, bukan nak cari mana pemimpin yang benar atau salah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Abdul Halim (Polismas) Jitra di sini, semalam.
Menurut Jamil, umat Islam di negara ini juga tidak harus berpecah dalam soal hukum hudud supaya agama Islam tidak menjadi tohmahan pengikut agama lain.
"Apa yang perlu umat Islam lakukan ialah gabungan penyatuan umat Islam dengan ketetapan pegangan akidah kita.
"Di dalam Perlembagaan, agama Islam ialah agama rasmi kita dan itu adalah platform untuk umat Islam untuk terus maju di negara ini," katanya.
Memang betul apa yang dikatakan oleh Jamil Khir, saya setuju sangat. Di bawah ini beberapa cadangan saya kepada Jamil Khir untuk beliau laksanakan segera supaya Hukum Hudud dapat dilaksanakan segera :-
1) Nasihatkan Najib dan Zahid Hamidi supaya bertaubat jangan mengeluarkan kenyataan bahawa Hudud TIDAK SESUAI kerana masyarakat majmuk dan situasi di negara kita belum sesuai.
2) Nasihatkan Najib supaya membenarkan Kerajaan Kelantan dan Terengganu melaksanakan Hukum Hudud dalam masa terdekat kerana kedua-dua negeri tersebut telah lama meluluskan enakmen jenayah syariah bagi melaksanakan hukum Hudud, Takzir dan Qisas.
3) Jangan berdolak-dalik lagi kalau betul semua pihak bekerjasama mengapa pemimpin Umno mengeluarkan pelbagai kenyataan negatif seolah-olah kita yakin Hudud boleh dilaksanakan kerana sebab-sebab tertentu.
4) Nasihatkan semua negeri-negeri BN menggubal enakmen negeri bagi memastikan pelaksanaan hukum Hudud, Takzir dan Qisas seperti yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan dan Terenggau
Harap Jamil Khir jangan berdolak-dalik lagi .........................
Comments