Isu jalur gemilang pula diwar-warkan


Utusan sebuah akhbar pemfitnah no 1 di Malaysia hari ini menyiarkan laporan kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan menegaskan bahawa pembangkang akan bertindak menukar Jalur Gemilang jika memperoleh kuasa dalam pilihan raya umum akan datang.

Kenyataan bersifat kurang ajar itu disiarkan ADUN DAP terbabit menerusi laman sosial Facebook miliknya semalam dan didedahkan oleh portal berita terbaru, www.mole.my hari ini.

Secara jelas, beliau menulis kenyataan menerusi status dalam laman berkenaan yang berbunyi: “I distributed many DAP flags today in my constituency. I refused to fly the Malaysian flag because it looks more BN than Malaysian. (Saya mengedarkan banyak bendera DAP hari ini dalam kawasan undian saya. Saya menolak untuk mengibarkan bendera Malaysia kerana ia kelihatan seperti BN berbanding Malaysia).

Memang sejak dari dahulu lagi, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sambutan kemerdekaan seolah-olah seperti sambutan Umnio kerana hanya pemimpin Umno sahaja yang diagung-agungkan sebagai pejuang kemerdekaan sedangkan pemimpin-pemimpin lain seperti Dr Burhanuddin Helmi, Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaakub dan lain-lain tidak dikelaskan sebagai Pejuang kemerdekaan.

Oleh sebab itulah rakyat kelihatan kurang mengibarkan jalur gemilang di kereta dan rumah kerana mereka melihat seolah-olah sambutan kemerdekaan umpama sambutan kemerdekaan Umno sahaja. Demikian kenyataan Mohamad pada ceramah beliau di Permatang Pasir, 14 September lalu.

Saya menjangkakan isu jalur gemilang ini mungkin akan terus dibesarkan bagi memanjangkan isu kemerdekaan dan pejuang kemerdekaan yang difitnahkan kepada Mohamad Sabu.

Comments