Isu Hudud : Perpaduan dalam PR semakin kukuh

Serangan demi serangan dilancarkan BN tehadap PR. Pelbagai isu dihamburkan kepada PR oleh musuh politiknya BN. Semua ini tidak lain tidak bukan bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan erat dalam PR.

Ramai menjangkakan isu terbaru yang dimainkan iaitu Hukum Hudud tidak menjejaskan PAS/PR sebaliknya ia akan menambahkan lagi kefahaman rakyat terhadap hudud.

Isu ini akan tenggelam bersama-sama dengan labu-labu Umno/BN, Biarkan...biarkan...

Malangnya pemimpin Umno terus mengjahilkan diri sendiri atau mereka memang jahil atau sengaja buat-buat jahil. Apa yang boleh kita katakan ialah pemimpin Umno biadap dan sombong apabila menyatakana bahawa Hukum Hudud tidak sesuai diamalkan di Malaysia buat masa sekarang atas alasan masyarakat majmuk dan belum faham.

Tuan-puan nilaikan sendiri betapa biadap sikap pemimpin Umno yang berani mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa terhadap suruhan Allah!.

Comments