Isu Hudud : Bukan DAP penghalang hukum HUDUD, Umnolah PENGHALANG SEBENAR?

Setelah kecewa dengan isu komunis dan kemerdekaan kini Umno/BN menggunakan skrip lama iaitu isu Hukum Hudud bagi memecahbelahkan PR dan penyokong masing-masing. Hari ini akhbar pencacai meletakkan isu ini di muka depan, tidak lain tidak bukan untuk mensensasikan isu ini supaya PAS dan DAP berpecah belah dan rakyat tidak yakin dengan perpaduan dalam PR.

Semua ini adalah tanda-tanda PRU 13 semakin hampir. Isu ini dijadikan serampang dua mata iaitu untuk memecahbelahkan PR dan juga untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari isu lain yang merimaskan BN.

Saya mengharapkan pimpinan segera membuat kenyataan bersama dan jangan dibiarkan isu ini dimaipulasi oleh Umno/BN yang jahat dan batu api ini.

Kenyataan bersama pimpinan PR mesti dilakukan segera kerana sesungguhnya isu ini sebenarnya sudah lama selesai cuma ianya disensasikan berulang-ulang kali oleh pencacai Umno/BN sendiri guna untuk mendapat keuntungan politik murahan mereka.

Ayuh pimpinan apa tunggu lagi ....................!!!!!!!!!!

Hakikat sebenarnya bukan DAP yang mesti menghormati PAS sebaliknya Umno lah yang wajib menghormati PAS dalam isu ini kerana bukan DAP yang menjadi penghalang utama kepada pelaksanaan hudud tetapi Umno sendiri yang berbuat demikian dari dulu, kini dan entah sampai bila.

Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad pernah menghantar surat kepada kerajaan Kelantan seolah-olah mengugut supaya tidak melaksanakan hudud di Kelantan sebaik sahaja Kanun Jenayah Syariah negeri Kelantan di luluskan di Dewan Udangan Negeri Kelantan beberapa tahun lepas. Jadi siapa sebenar penghalang kepada hukum Hudud DAP atau Umno?

Kalau Umno/BN benar-benar ikhlas mahu ianya dilaksanakan maka sila pinda perlembagaan negara supaya negeri diberi kuasa untuk mengamalkan undang-undang jenayah mereka sendiri khususnya Hukum Hudud!!!!!!!!!!!!!!!!

Comments