Sudah ratusan pendedahan dibuat oleh PAS tentang kewujudan kecelaruan dengan nama berganda dalam Daftar Pemilih dengan seorang yang mempunyai nama yang sama mempunyai 2 Kad Pengenalan yang cuma berbeza satu atau digit sedangkan Kad Pengenalan lama nombornya sama.
Dewam Pemuda PAS Pusat, diketuai oleh Suhaizan Kaiat telah membuat pendedahan demi pendedahan tentang isu yang sangat serius ini namun masih belum ada jawapan konkrit dan meyakinkan diberikan oleh pihak berwajib seperti SPR, JPN dan lain-lain.
SPR telah memberikan beberapa alasan yang tidak masuk akal dan lebih mencelarukan keadaan. SPR menyalahkan pangkalan data dan juga typo error. Suatu alasan yang hanya untuk melepaskan diri tanpa penjelasan yang boleh meyakinkan rakyat.
Malangnya satu pihak lagi iaitu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sehingga kini diam seribu bahasa sedangkan menurut SPR semua data mengenai Kad Pengenalan diperolehi dari JPN.
Sebagai rakyat Malaysia kita mendesak suatu Suruhanjaya Diraja dibentuk untuk menyiasat kecelaruan ini. Jika terdapat unsur penipuan dan penyelewengan kita menuntut pihak berwajib mendakwa mereka-mereka yang terlibat dengan isu ini tidak kira samada ia ikan bilis atau ikan paus biru.

Comments