Hudud : Orang Islam wajib percaya kepada keadilan Hudud


Saifuddin Nasution :-

1) Hajat Umno/BN tidak akan tercapai untuk memecahbelahkan PR kerana perpaduan sekarang lebih utuh.

2) MCA boleh keluar dari BN kerana kerajaan BN Terengganu terus membiarkan enakmen jenayah syariah tanpa sebarang usikan kepada enakmen tersebut. Jadi sepatutnya MCA  keluar dari kerajaan BN Terengganu bersetuju dengan enakmen tersebut.

3)Menteri Undang-undang pada ketika itu, Syed Hamid Albar terbuka dan mengajak wakil kerajaan Kelantan berdialog tetapi terhenti kerana ada surat amaran keras dari Dr Mahathir supaya Kelantan tidak menguatkuasakan enakmen tersebut.

Anthony Loke :

1) Tujuan Umno/BN adalah untuk memecahbelahkan PR khasnya bagi menghadapi PRU 13. 

2) DAP komited untuk terus bersama PR dan terbukti pentadbiran PR berjaya mentadbir negeri-negeri PR dengan baik.

3) Pemimpin DAP dan PAS serta PKR sudah tentu akan dapat menyelesaikan isu hudud ini pada 28 September ini.

Comments