Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari (gambar) berkata rakyat Malaysia semakin sengsara lantaran kegagalan kerajaan pimpinan BN menguruskan ekonomi negara.
"Contoh paling mudah ialah tentang isu kenaikan gaji, di mana gaji dari tahun 1990-an bagi seorang Jurutera muda yang baru kerja adalah RM1800-RM2000, sekarang ini gajinya Jurutera pun sama lebih kurang RM2,200 sebulan, sedangkan harga barangan sudah naik hampir 2 kali ganda".
"Harga rumah kos sederhana tahun 1990-an sekitar RM60,000 sekarang harga rumah yang sama sudah mencecah RM120,000, begitu juga dengan barangan lain harganya naik 2 kali ganda" ujar Adly.
Beliau berkata ini membuktikan kegagalan kerajaan BN dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.
"Satu lagi contoh, gaji Jurutera muda yang bekerja dengan syarikat antarabangsa di luar negara di sekitar USD10,000, sedangkan Jurutera yang bekerja di Malaysia gajinya sekitar RM2,200 sahaja, cuba bandingkan bezanya".
"Semuanya patut disedari oleh anak-anak muda supaya mereka dapat membuat penilaian tentang keupayaan BN memerintah negara" tegas Adly.
Beliau berkata demikian pada ceramah perdana anjuran Dewan Pemuda PAS Melaka di Kg Permatang Pasir, Alai Melaka malam tadi.

Comments