Dasar Umno/BN berpotensi rosakkan Islam - PJ Perak


Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain berkata pemimpin Umno yang menolak Islam maknanya pemimpin Umno menganggap agama Islam ini sudah rosak dan tidak sesuai diamalkan lagi.

“ Bila kita beli barang di kedai, kita pilih-pilih barang, bila barang yang kita tolak, maknnya barang tu sudah rosak, begitu juga Umno, bila Umno tolak Islam, maknanya dia anggap agama Islam ini sudah rosak atau tidak sesuai diamalkan”

“ Bumi yang kita duduk Allah yang ciptakan, tubuh badan kita dari hujung rambut sampai hujung kaki semuanya Allah yang cipta, tapi kenapa pemimpin Umno tolak Islam? soal Ustaz Abu Bakar.

Tambahnya, perjuangan untuk menegakkan Islam adalah perjuangan sehingga hari qiamat, justeru yang menyambung perjuangan para Rasul ialah para ulama’ dan seluruh pejuang agama yang ikhlas.

Beliau berkata Islam kini  sedang di ancam, rakyat juga sedang di ancam, kedaulatan Negara juga sedang digugat dan yang menggugatnya ialah Umno dan Barisan Nasional (Bn) di dalam negara kita.

Ustaz Abu Bakar menyeru, agar seluruh rakyat menggerakkan  kebangkitan rakyat untuk menamatkan tempoh Umno Bn menguasai negara ini, perkara ini dapat dibuktikan rakyat dalam PRU 13 kelak. 

Menurutnya, perkara ini sangat penting kerana dasar perjuangan Umno dan BN sangat berpotensi merosakkan masa depan Islam. 

Dihantar melalui email.

Comments