28 September 2011

Burukkan Kelantan : Polis mesti bertindak terhadap Ali Rustam

Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka mempersoalkan tindakan Polis yang begitu cepat bertindak terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dikatakan memburuk-burukkan negeri Johor.


"Macamana pula orang Kelantan dengan Ali Rustam, apa yang Ali Rustam tak cakap tentang Kelantan. Dalam dan luar sidang DUN, sentiasa Kelantan diburukkan


"Beliau pernah melarang pegawai kerajaan pergi Kelantan. Beliau Pernah beliau menarik balik larangan itu".


"Di Melaka orang buang anak, di Kelantan orang buang anak dan dibakar anak itu, itu antara ucapan Ketua Menteri dalam sidang DUN."


Menurut AdlyKalau Polis Johor hendak bertindak terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang maka Ketua Polis Kelantan juga wajar bertindak terhadap Ali Rustam.


Beliau mempersoalkan mengapa Polis mahu bertindak terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang yang dituduh memburukkan Johor tetapi mendiamkan diri terhadap tindakan Ketua Menteri Melaka yang acapkali memburukkan negeri Kelantan.


"Burukkan Johor bertindak ? Burukkan Kelantan tak apa, 1Malaysia apa ? soal Adly sinis.


Adly berkata rakyat Johor sedang dihasut agar membenci Lim Guan Eng kerana beliau di anggap menjatuhkan imej Johor.


"Menjatuhkan imej Johor di luar negara. Johor selamat, YAB Lim kata tak selamat.?"


"Sedangkan secara faktanya Pulau Pinang paling selamat di Malaysia dengan indek Jenayah 27%." tegas Adly dalam blognya adlyzahari.blogspot.com 

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter