Malaysiakini membuat pendedahan pertama tentang seorang pemastautin tetap yang memohon untuk mendapatkan kewarganegaraan negara ini mendakwa pegawai imigresen memaklumkan kepadanya bahawa tugas utamanya, jika diberikan kerakyatan, adalah untuk mengundi “parti pemerintah ".
Dalam temubual e-mel, pemohon yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia itu, berkata pegawai imigresen berkenaan berkata demikian ketika dia diwawancara dalam proses bagi mendapatkan kerakyatan.
"(Mereka bertanya kepada saya) Apa yang anda akan lakukan dengan kewarganegaraan Malaysia? Apakah tugas utama anda?
"Saya jawab bahawa saya akan sokong perjuangan anak-anak muda kerana ia minat saya," katanya, sambil meminta identitinya tidak didedahkan kerana bimbang ini akan menjejaskan keputusan permohonan itu.
"(Mereka menjawab) 'Salah! Jawapan yang betul ialah mengundi parti pemerintah kerana mereka memberi anda taraf penduduk tetap'."
Pemohon yang menghubungi Malaysiakini dan menceritakan pengalamannya pada Sabtu lalu, berkata ibu bapanya juga telah dimaklumkan perkara yang sama. Mereka telah berhijrah ke Malaysia dari Asia Selatan pada tahun 1970-an apabila ditawarkan jawatan profesional di negara ini.
"Saya tidak ingat apa yang saya katakan selepas itu, mungkin sesuatu tentang 'bagaimana jika parti pemerintah berubah pada masa depan, semasa saya layak mengundi?' yang mana mereka kata tidak mungkin,” katanya.
"Taraf penduduk tetap bukan 'hadiah'. Saya dilahirkan dan dibesarkan (di sini), tetapi kerana kekurangan jus soli, saya dilabel sebagai rakyat asing."
Kita mengharapkan selepas ini lebih ramai warga asing yang diberikan taraf warganegara tampil untuk membongkar kejahatan dan kedurjanaan pihak tertenu yang sanggup 'menjual' kedaulatan negara hanya kerana tamak dan mabukkan kuasa.
Kita menggesa kerajaan menerima cadangan PR supaya sebuah Suruhanjaya Diraja dibentuk untuk menyiasat kesahihan dan kebenaran dakwaan yang dibuat oleh PR dan orang-orang yang terlibat ini.

Comments