Bila agaknya Hudud sesuai di Malaysia?

NONEZahid Hamidi sudah pasti akan bersetuju dengan apa juga yang 'boss' beliau katakan dalam apa juga hal. Kalau beliau tidak bersetuju sudah tentu umur karier politiknya tidak panjang.

Sebab itulah dalam hal penting seperti hukum hudud pun beliau boleh bersetuju dengan Najib walaupun 'boss'nya itu berkata hukum hudud tidak sesuai diamalkan dalam negara kita dengan alasan masyarakat majmuk dan masa belum sampai.

Malaysiakini melaporkan hari ini bahawa Ahmad Zahid Hamidi berkata hukum hudud belum dapat dilaksanakan kerana masalah kesesuaian dalam masyarakat majmuk negara ini.

Beliau berkata sebagai orang Islam, keyakinan terhadap hukum hudud itu tidak timbul tetapi kesesuaian pelaksanaannya menyebabkan ia tidak dapat dilakukan kerana rakyat yang berbilang kaum.



Kalau begitu agaknya bila hukum hudud ini akan sesuai dilaksanakan di negara kita? Mungkin Zahid menunggu sehingga semua rakyat Malaysia masuk Islam. Atau mungkin Zahid menunggu hingga semua rakyat Malaysia faham apakah hukum Hudud. Kalau begitu apa program yang parti Zahid buat untuk memafamkan rakyat tentang hudud.?


PAS memang sejak dahulu sentiasa konsisten memberikan kefahaman kepada rakyat tentang hudud termasuk kepada parti-parti komponen PR. PAS tidak pernah berganjak dari menyatakan kewajipan melaksanakan hudud, sehingga DAP sendiri menyatakan bahawa perkara itu boleh dibincangkan.


Malangnya Umno siang-siang lagi menyatakan hukum hudud tidak sesuai diamalkan di Malaysia.


Saya tidak hairan kalau DAP, MCA atau MIC menyatakan Hukum Hudud tidak sesuai kerana mereka majoriitinya bukan Islam tetapi yang memelikkan kita ialah Umno yang mengaku hebat Islamnya berani menyatakan hudud TIDAK SESUAI.

Comments