Berpolitik secara jujur dan telus, semuanya akan dihisab oleh Allah

Perkara yang sudah berlaku dan berlalu pun mereka hendak manipulasi dan tipu. Bukannya perkara yang baru berlaku atau sedang berlaku. Itulah bahananya apabila berpolitik dengan tidak mengikut ajaran Islam. Mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa menghiraukan dosa dan pahala. Bagi mereka politik hanya atas dunia tidak sampai ke Akhirat sebab itu mereka berani melakukan apa sahaja.

Berpolitik dengan prinsip Matlamat Menghalalkan Cara (MMC); Pecah dan Perintah (2P) sudah menjadi darah daging mereka yang berpolitik untuk habuan dunia seperti harta, takhta, dan wanita (3 TA). Malang sungguh bagi manusia yang tidak faham atau buat-buat tidak faham bahawa segala yang dilakukan di atas dunia ini akan dikira dan dihisab oleh Allah di Hari Pembalasan. Dalam Islam dari sekecil-kecil perkara seperti membuang duri ditengah jalan, masuk tandas untuk qadha hajat hinggalah memerintah negara semuanya dikira dan dihitung oleh Allah. Tidak akan ada satu perkara pun atau satu saat pun yang tidak dikira dan dihitung oleh Allah.

Saya menyeru kepada diri saya dan semua manusia khususnya umat Islam supaya kembali merenung akan kekuasaan Allah yang tidak akan lalai merekodkan perbuatan manusia melalui malaikat roqib dan a'tiq. Jangan kita buat-buat lupa dan buat-buat tidak faham dengan perkara ini.

Comments

Abi Qalam said…
Salam,

Saya sokong sungguh gesaan ini. Laa ni bukan takat UMNO saja, dalam PR pon dah berkecambah politik fitnah dan penipu ni. Lebih malang bila yang bergelar Tok Guru pon terlibat. AstaghfiruLlah.