Beranikah Najib dan jemaah menteri isytiharkan harta seperti PM India dan kabinetnya?

NONEMalaysiakini melaporkan bahawa Perdana Menteri India Manmohan Singh dan kira-kira 30 menteri Kabinetnya semalam telah mengisytiharkan harta peribadi masing-masing. 

Menurut laman web Pejabat Perdana Menteri, harta peribadi Manmohan (kiri, berserban) berjumlah 2.63 bilion Rupee (RM3.9 juta) termasuk wang tunai di bank, tanah dan harta (dua buah rumah dan sebuah kereta jenis Maruti 800cc).

Berdasarkan maklumat dalam laman web berkenaan, menteri Kabinet yang paling kaya ialah Menteri Pembangunan Bandar Kamal Nath, dengan nilai harta (termasuk milik keluarganya) berjumlah 263 juta Rupee (RM165 juta).

Yang paling miskin pula dalam kalangan mereka ialah Menteri Pertahanan AK Antony, yang berasal dari Kerala, dengan nilai harta 10 juta Rupee (RM666,000).



Agak-agaknya bila pula Perdana Menteri dan anggota kabinetnya hendak isytiharkan harta masing-masing seperti yang dilakukan oleh Manmohan Singh dan kabinet dia. Beranikah Najib dan gerombolan kabinetnya mengisytiharkan harta masing-masing.


Rumah, tanah, kereta, wang simpanan, saham, cincin, rantai leher, syarikat dan segala 'mak nenek' harta 'meredak' mereka rasanya jauh lebih banyak dan menimbun jika dibandingkan dengan Menteri-menteri India.

Bayangkan seorang bekas Menteri Besar pun boleh bina rumah mahligai puluhan juta, wakil rakyat biasa di Selangor suatu ketikan dahulu boleh bina rumah jutaan ringgit ...........




Pada pandangan anda siapa menteri paling kaya dan paling miskin dalam kabinet Najib .....Najib nombor berapa?


Sebagai rakyat kita memang menggesa Najib dan jemaah menteri isytiharkan harta masing-masing ...... rakan facebook saya mencoretkan dalam FB bahawa jangankan isytihar harta ISYTIHAR BINI PUN TAKUT ...........

Comments