Ummi Hafilda hari melafazkan sumpah laknat mendakwa dirinya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda seperti yang didakwa oleh lelaki itu. Ini bermakna Umi masih ada dara tulin dan tidak pernah disentuh oleh sesiapa. Janganlah kita menuduh dan memfitnah Umi kerana dia wanita yang baik. Saya percaya rakyat Malaysia amat mengenali Umi, akhlaq Umi dan peri laku Umi. Mungkin dengan sumpah ini Umi akan menjadi wanita bersih. Sejak akhir-akhirnya Malaysia menjadi negara sumpah. Orang buat tuduhan mereka bersumpah, orang yang menafikan mereka berbuat jahat bersumpah seolah-olah bersumpah ini dapat menyucikan diri mereka dari dosa.
Dalam hal Umi saya yakin adik beradik beliau lebih mengenali Umi. Syabas Umi kerana kamu berani mengaku sebagai seorang wanita suci dan baik.
Pada 25 April lalu, Ummi Hafilda memfailkan semula saman fitnah yang sebelum ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi 13 April lalu, selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ketika ia pertama kali disebut.
Sumber : Malaysiakini
Comments