Umair mengucap 2 kalimah syahadah di depan Nabi

Umair datang dari Mekah untuk bertemu Nabi di Madinah dengan niat tidak baik untuk membunuh Nabi. Sedangkan niat asalnya beliau ingin berunding untuk membebaskan anaknya yang ditangkap oleh tentera Islam semasa perang Badar.

Dipendekkan cerita bila Umair bertemu Nabi beliau berkata kedatangannya adalah untuk membincangkan tentang pembebasan anaknya yang menjadi tebusan tentera Islam. Katanya beliau banyak hutang dan tidak mampu untuk menebus anaknya.

Nabi memberitahu Umair supaya bercakap benar kerana menurut Rasulullah, Umair telah bertemu dengan Safwan sebelum datang ke Madinah dan berbincang untuk membunuh Rasulullah.

Umair tersentak dan akhirnya akur bahawa Rasulullah adalah Utusan Allah, mana mungkin seorang manusia biasa tahu apa yang dibincangkan oleh beliau dan Safwan satu persatu satu.

Akhirnya Umair mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Nabi S.A.W.

Sedutan dari Kuliah Tok Guru pagi ini.

Comments