Tugu 1Malaysia ada UNSUR PEMUJAAN?

Tugu 1Malaysia yang dibina di Pantai Klebang dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak dibimbangi mempunyai unsur pemujaan selain ianya jelas suatu pembaziran.

Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Melaka, Ustaz Mohd Nor Omar berkata jika Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpendapat tugu seumpama itu mempunyai unsur pemujaan mengapa Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka membiarkan sahaja ianya dibina.

"Kita bimbang Tugu tersebut mempunyai persamaan dengan pemujaan terhadap berhala seperti yang berlaku pada zaman jahiliyyah".

"Selain itu ia jelas suatu pembaziran yang tidak memberikan sebarang manfaat kepada rakyat dengan kos pembinaan mencecah RM352,000 sedangkan kosnya tidak sampai RM100,000" tambah Ustaz Mohd Nor yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media di Klebang semalam.


Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang bersidang pada bulan April lalu berpendapat tindakan kerajaan membina tugu “1Malaysia” adalah ditegah kerana ia mengandungi unsur penghormatan, yang dikhuatiri boleh menjurus kepada pemujaan al-Ansab (berhala).

Menurut fatwa itu, tegahan itu dibuat berdasarkan ayat 90 dalam surah al-Maidah yang menyebut bahawa arak, judi dan menyembah berhala adalah amalan syaitan dan mestilah ditegah.Tegahan ini juga berdasarkan kaedah Sadd al-Zara'i (menutup pintu kemudharatan) bagi memelihara kemurnian akidah, sebagaimana larangan Nabi Muhammad terhadap tindakan sahabat yang ingin menjadikan pokok Zat Anwath sebagai tempat berkumpul."Selain daripada itu kewajaran tegahan ini juga dilihat dari sudut pembaziran yang diharamkan oleh Islam," kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dalam satu kenyataan media April lalu.Keputusan itu dibuat setelah jawatankuasa yang dipengerusikannya itu bermuzarakah pada 18 dan 19 April 2011 lalu.Keputusan itu, tambahnya, telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Perlis (MAIP) dan disembah maklum kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis sehari selepas itu.Bagaimanapun, menurutnya lagi, fatwa itu tidak diwartakan dan hanya berperanan sebagai nasihat kepada umat Islam.Ekoran keputusan itu, fatwa tersebut dihebahkan di pelbagai penerbitan kerajaan negeri, termasuk majalah bulanannya Irsyad Hukum, jelas Dr Juanda.Selepas Najib memperkenalkan gagasan itu, tugu sedemikian yang kebanyakannya dibina daripada batu dan kayu dilihat diletakkan di pelbagai tempat di seluruh Malaysia.

Comments