Semoga cepat sembuh Ustaz Azizan dan Najib

Saya mendoakan agar dua orang pemimpin iaitu Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak dan Perdana Menteri, Najib Razak cepat sembuh agar dapat memimpin kita semua ke arah kebenaran dan mentarbiyyah kita supaya dapat membezakan yang mana hak dan yang mana batil.

Najib dilaporkan menjalani pembedahan lutut manakala Ustaz Azizan dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) kerana masalah jantungnya.

Musibah penyakit kepada kita adalah amaran Allah supaya kita insaf dan dosa kita akan diampun oleh Allah jika kita bersabar dengan ujianNya itu, Insya Allah.

Amanah kepimpinan amat besar kerana disana kita akan ditanya ke arah mana kita membawa orang-orang yang kita pimpin. Adakah ke arah perbuatan maksiat seperti membiarkan program-program 'lagho' seperti jom heboh, menggalakkan sistem ekonomi riba, membiarkan negara dengan undang-undang bukan Islam, membiarkan rakyat dan kel;uarga sendiri tidak menutup aurat, menzalimi & menekan rakyat dan sebagainya atau kita sentiasa mengalakkan rakyat berbuat kebaikan dan menganjurkan negara dan negeri berkebajikan.

Adakah kita sebagai pemimpin kita menghayati konsep 'Amar Makhruf Nahi Mungkar' yang sewajibnya diamalkan di mana-mana sahaja apatah dalam sebuah pertadbiran negara.

Comments