Selamat Bersara Wahai PM Najib

Untuk menyelamatkan Umno/BN Najib mesti berundur dan bersara awal sebelum PRU 13. Najib sudah jadi liabiliti kepada Umno/BN. Najib sudah jadi beban dan 'biawak hidup' terhadap BN. Itu antara maksud nukilan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor. Beliau menulis dalam Harakahdaily ....hari ini.

Mengapa sampai begitu sekali terjahan dan terkaman beliau kepada Najib. Apa salah Najib yang baru 3 tahun masuk opis Perdana Menteri. Baru 3 tahun bukan 22 tahun seperti Tun Mahathir .......mengapa begitu sekali Najib dihukum sedangkan tak nampak kesalahan besar beliau ....tanya seorang rakan.

Walaubagaimanapun saya yakin pembaca semua setuju dengan Dr Dzul malah mungkin orang Umno sendiri sependapat dengan Dr Dzul. Mereka merasakan Umno/BN akan lebih kuat jika Najib bersara secara sukarela atau dipaksarela. 

Banyak sekali kesalahan dan kepincangan dalam kerajaan pimpinan Najib, kata sahabat saya. Antaranya beliau meminggirkan Islam iaitu meneruskan kesinambungan pemimpin terdahulu....malah ada yang berpendapat tahap peminggiran Islam di zaman Najib lebih teruk sehingga slogan kerajaan beliau sudah tidak ada perkataan Islam atau unsur-unsur Islam, Kalau Mahathir ada Bersih, Cekap, Amanah, Islamisasi; Hussein Onn ada Bulan Dakwah; Pak Lah ada Islam Hadhari....Najib ada apa? 1Malaysia ....mana perkataan Islamnya.

Kepincangan lain tidak perlulah ditulis di sini kali ini ....Tuan-tuan dan puan-puan boleh fikir sendiri.....SELAMAT BERSARA PM NAJIB DEMI MASA DEPAN UMNO/BN .................

Comments