Sekat Tazkirah, sekat perkembangan ILMU ISLAM


Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP) hari ini dalam kenyataan akhbarnya melahirkan rasa kesal dan membantah arahan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) yang melarang penyampaian tazkirah Ramadan di semua masjid dan surau seluruh negeri ini. 

Ketuanya, Ustaz Shahril Azman Abdul Halim, menganggap ‘pengharaman’ berkenaan sebagai satu kejutan baru di Malaysia selepas negara ini diisytiharkan sebagai sebuah negara Islam. Kelmarin, Timbalan Pengarah Muip telah muncul di sebuah stesen televisyen dalam slot berita tengah hari mengumumkan larangan mengadakan tazkirah Ramadhan di semua surau dan masjid seluruh negeri Pahang dengan alasan telah menggangu ibadah orang lain dan majlis ilmu.

Tindakan MUIP ini jelas menyekat perkembangan Ilmu Islam dari disampaikan kepada umat Islam, Malang sekali apabila sebuah negara yang mengaku negara Islam menyekat Ilmu Islam dari berkembang hanya kerana sebab-sebab politik sedangkan penceramah atau pemberi tazkirah tidak langsung menyentuh politik secara khusus. 

Inilah akibatnya apabila orang-orang yang berkuasa takut rakyat celik agama dan celik ilmu. Siapa yang hendak dipersalahkan jika rakyat jahil dan tidak memahami agama.

Comments