Sanggup gadaikan negara untuk kemenangan BN?

Kita akan lalukan apa sahaja bagi mempertahankan Putra Jaya. Itu kata-kata yang keluar dari bibir seorang Perdana Menteri. Apa maknanya kata-kata itu?

Sehari dua ini kata-kata itu mula terserlah kebenarannya. Bagaimana penduduk tetap diberi taraf kerakyatan dalam 'sekelip mata'; penduduk tetap didaftarkan sebagai pengundi dan berbagai lagi perkara yang amat membimbangkan kita semua.

Betapa mudahnya pihak terbabit menggadaikan keselamatan negara hanya semata-mata untuk memenangkan parti mereka pada PRU 13 nanti.


Sementara itu Malaysianinsider melaporkan bahawa Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, langkah JPN “membenarkan” pemastautin tetap menukar status kepada warganegara adalah amat tidak bertanggungjawab.
Selain itu, beliau percaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut terlibat dalam “sindiket” itu.
“Perbuatan ini amat tidak bertanggungjawab dan saya tidak tahu bagaimana JPN boleh menukar status pemastautin tetap dalam tempoh hanya beberapa jam.
“Saya percaya ia dilakukan oleh sindiket, yang mana SPR, JPN dan sindiket ini yang beri laluan (untuk menukar status) selain diberi perlindungan oleh BN,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Ahli Parlimen Kubang Kerian ini menambah, pihaknya masih mengumpulkan maklumat lanjut mengenai perkara itu sambil menambah, ia juga berlaku di negeri-negeri lain sebagai persediaan BN dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan penghujung tahun ini.

Comments

otaklunyai said…
Ya Allah Tuhan Yang Maha Agung dan Maha berkuasa. Diatas segala sifat Rahim MU dan kegagahan MU aku memohon agar negara kami dan rakyat yang tidak berdosa dilindungi dari fitnah dan kezaliman pemimpin2 kami yang zalim dan jahat ini dan mereka yag bersubahat menjayakan kejahatan ini. Sesungguhnya kami tidak berdaya melawan kezaliman dan kejahatan mereka yg disokong oleh penguasa yang zalim. Diatas keberkatan bulan yang mulia ini dan diatas ibadah puasa yang kami lakukan hanya kerana MU Ya Allah Kami memohon kepada MU Ya Allah supaya ditukarkan kerajaan ini dan pemimpin2 ini dgn mereka yang lebih baik yang akan membawa kepada keadilan dan kemakmuran agar dapat kami kyushuk dan tawadduk berinadat kepada Mu Ya Allah. Ya Allah Tuhan yg maha Menghukum, hukumilah pemimpin2 yg zalim ini dan mereka yang bersubahat melakukan pengkhianatan ini supaya menjadi pengajaran.

Hanya kepadaMu lah sebaik2 tempat kami berlindung... Amin Ya Rabbal Alamin