Saya mencadangkan Sasterawan Negara (SN) Datuk A Samad Said bertanding pada PRU 13 nanti bagi menyedarkan rakyat bahawa semua lapiran masyarakat di negara ini mahukan perubahan dan tidak tahan lagi berada di bawah pemerintahan BN.
A Samad Said dilihat sebagai ikon baru dalam politik rakyat Malaysia dan beliau mampu untuk memberikan impak besar kepada rakyat Malaysia. Dedikasi dan komitmen beliau kepada BERSIH 2.0 dilihat amat menakjubkan keraan beliau sedar hanya dengan pembaharuan sistem pilihanraya sesebuah negara yang adil, telus dan sejahtera dapat diujudkan. Bagaimana untuk kita membina sebuah negara yang begitu jika kerajaan yang menang bukannya pilihan rakyat sebenar tetapi ianya adalah pilihan daftar pemilih yang penuh kotor, ia adalah pilihan Pendatang Asing Tanpa Izin yang didaftarkan secara haram dan mengaibkan.
Dari itu alangkah baiknya jika Pak Samad bertanding bagi mewakili mana-mana parti bagi memberi peluang kepada rakyat memikirkan perjuangan Pak Samad.dalam mereformasikan sistem pilihanraya dan negara.
Semalam Pak Samad menegaskan, sudah tiba masa golongan muda melakukan “perubahan rejim” selepas 54 tahun negara ditadbir oleh Barisan Nasional (BN).
Sasterawan Negara ini menjadi perhatian di sebalik perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini.
Bercakap pada pelancaran kempen Jom Baca Media Alternatif anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Samad, 76, berkata, perubahan tampuk pemerintahan negara boleh dilakukan golongan muda pada pilihan raya umum ke-13.
“Sudah tiba waktunya kita adakan ‘regime change’ (perubahan rejim), kita sudah memberi masa kepada orang yang memerintah sekarang ini 54 tahun,” katanya.
“Dan, kita sudah tidak harus lagi memberikannya lebih daripada itu.
“Banyak perkara boleh dilakukan anak muda antaranya ‘merubah’, maksudnya sudah tiba masa kita adakan ‘regime change’, ia mungkin terletak di tangan anak-anak muda,” katanya di hadapan kira-kira 60 orang termasuk mahasiswa.
Dalam ucapan perasmian di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor itu, Samad juga berkata, rakyat seharusnya bersikap matang dan tidak lagi memilih “golongan bangsawan” untuk memerintah negara.
Bagaimanapun kata seniman ini, persoalan itu harus ditanya kepada diri sendiri dan perubahan boleh dilakukan dalam pilihan raya umum ke-13.
Comments