PR tidak pernah ketandusan pemimpin, tidak perlu ambil Ku Li jadi pemimpin

Ada pihak menuduh Pakatan Rakyat teraba-raba mencari pemimpin baru bagi menggantikan Anwar Ibrahim. Bagi saya PR tidak begitu terdesak sehingga terjebak ke kancah permainan politik perang saraf Umno/BN. Tidak pernah berbangkit isu Anwar hendak digantikan. Apatah lagi penggantinya ialah orang di luar PR iaitu Tengku Razaleigh seorang pemimpin yang terbukti suka melompat parti sejak dari dahulu.

Pakatan Rakyat jika mahu menggantikan pemimpinnya sekalipun mempunyai ramai pemimpn berwibawa yang tinggi akhlaqnya, tiada skandal, berpendidikan dan yang penting juga isteri mereka tidak suka ber'shopping' dan membeli barangan bernilai jutaan ringgit.

Sebaliknya amat sukar untuk mencari pemimpin BN yang BERSIH dan suci, malah kekotoran mereka ditambah lagi dengan perangai ister masing-masing yang tidak senonoh.

Sebab itu isu Ku Li disebut-sebut sebagai pengganti Anwar hanyalah mainan media untuk mengalihkan perhatian rakyat. Jika pun mungkin Anwar hendak diganti, tidak sukar untuk mencari penggantinya yang BERSIH, berakhlaq, berkarisma dan sebagainya.

Namun dalam Umno sukar untuk kita mencari pengganti kerana masing-masing ada skandal, ada kepentingan peribadi. Sebaik sahaja seorang pemimpin baru naik, kita boleh rujuk fail peribadinya, maka terserlahlah siapa mereka dan perangainya bagaimana.

Kita boleh  memperolehi 1,000 pemimpin PR yang BERSIH, telus, professional, ulama dan sebagainya, tetapi    juga boleh mencari 1,000 pemimpin BN yang KOTOR, jumud, penuh skandal dan sebagainya. Kita mudah untuk mencari 1,000 pemimpin PR yang rajin ke masjid, dan kita juga mudah untuk mencari 1000 pemimpin BN yang kaki dangdut, night club dan sebagainya.

Gambar diatas hanya sekadar hiasan.

Comments