Harakahdaily melaporkan bahawa seramai enam orang ditangkap malam tadi pada majlis ceramah anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Taman Tapah yang turut disertai ahli parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar.
Seramai 30 orang polis bersedia di tempat ceramah termasuk 10 orang Light Strike Force untuk mengawasi majlis itu.
Dua orang yang ditangkap dan digari di tempat ceramah ialah Naib Pengerusi dan Timbalan Setiausaha PKR Perak, Chang Lih Kang yang juga Adun Teja dan Tan Kar Hing.
Selepas itu, pembesar suara dan meja dirampas oleh polis.
S. Nagenteran a/l Sandrasigran daripada PSM dan 3 orang lagi, ahli DHPP, Appalasamy a/l Jetakiah, Patrick Vincent dan Chua Yee Ling ditangkap di luar IPD Tapah semasa memberi sokongan kepada Chang Lih Kang dan Tan Kar Hing.
Mereka dilepaskan pada kira-kira jam 12 tengah malam.
Kita mengharapkan Polis berubah. Tetapi nampaknya mereka tidak berubah dan tetap meneruskan perangai lama mereka. Bilalah agaknya Polis dapat melakukan reformasi demi kedaulatan negara dan rakyat. Jangan kotorkan imej negara kita ........
Comments