Pilihanraya Olok-olok : Jangan gembira dengan keputusan BN kalah

Maklumat dalaman BN menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) boleh kehilangan Perak dan Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-13, demikian menurut keputusan pilihan raya olok-olok atau 'simulasi' melainkan parti-parti komponennya meletakkan muka-muka popular yang berpotensi dan memastikan jentera di peringkat akar umbi menjana sokongan pengundi.
Portal internet The Malaysian Insider difahamkan pilihan raya latihan (Dry Run) yang diadakan baru-baru ini menunjukkan BN boleh kehilangan sehingga 15 daripada 56 kerusi di Johor, dikuasai Pakatan Rakyat (PR).
Persekitaran itu tidak pernah diduga tetapi BN telah hilang enam kerusi di Johor pada pilihan raya umum 2008.
Daripada enam kerusi itu PAS menguasai dua manakala DAP pula empat.
Laporan itu menyebut BN hanya akan menang 27 dari 59 kerusi Dun di Perak, begitu juga di Negeri Sembilan di mana PR akan memenangi kerusi majoriti berbanding BN yang dilihat semakin longlai di bawah pimpinan Mohamad Hassan sedangkan PR semakin kukuh dengan kepimpinan muda mereka.
PR Negeri Sembilan dilihat sangar bertenaga dengan kombonasi DAP di bawah pimpinan Athony Loke, PAS diketuai Taufek Abd Ghani, kedua-dua ADUN dan masih muda. Manakala PKR dengan Datuk Kamarul Bahrin Abas dibantu dengan populariti CIkgu Bard yang sentiasa terkehadapan dalam isu-isu semasa.
Namun begitu PR tidak boleh terlalu yakin dengan keputusan pilihanraya olok-olok BN kerana ianya hanyalah olok-olok dan BN sudah tentu mempunyai strategi terancang samada halal atau 'halam' bagi mengatasi masalah seperti yang diperolehi mereka semasa pilihanraya simulasi ini.
BN masih mempunyai jentera kerajaan dan parti komponen terbaru mereka yang semua orang tahu ianya amat berkuasa dalam menentukan keputusan pilihanraya ibarat Pengadil pun main sama dan tiang gol dialihkan untuk memastikan BN menang.
Gambar di atas sekadar hiasan.

Comments

Unknown said…
p.raya olok2? sememangnya p.raya malaysia dari dulu sampai sekarang macam olok2 juga. sebenarnya p.raya olok2 yang digembar-gemburkan itu adalah rekayasa pihak tertentu hendak mendapat tindakbalas maklumat, sekaligus membunuh keyakinan kepada pihak musuh. dengan keputusan p.raya olok2 ia akan menjadi pengukur, sedangkan pihak yang dimenangkan oleh p.raya olok2 akan rasa selesa. perlu diingat, ia adalah mainan propaganda belaka. ia akan membenihkan penyakit selesa kepada NS dan kawasan yang dijangka akan masuk lubuk PR. ingatlah ini strategik belaka. walaupun keputusan p.raya olok2 itu tidak memihak kepada UBN, ia sebenarnya perangkap maut. jadi berhati-hati dengan statement itu. bahkan boleh melekakan.