Permohonan MAAF : Kompas tolong sensasikan isu cincin USD24juta

Kompas meminta maaf kepada Najib Razak kerana menyiarkan isu cincin Rosmah berharga USD24 juta.

Kompas menyiarkan permohonan maaf itu di muka depan akhbar itu semalam. 


Selain itu Kompas meng'highlight'kan bahawa Najib sudah 2 kali mengunjungi tanah leluhur (suci) Mekah.



Tindakan kompas ini sebenarnya memberikan publisiti percuma kepada isu cincin ini. Ianya menjadi lebih sensasi walaupun niat asalnya adalah untuk menafikan keujudan cincin USD24juta tersebut. Rakyat Malaysia mencadangkan Perdana Menteri dan isterinya menyaman pihak-pihak yang membuat tuduhan terhadap Rosmah. Adalah lebih baik puak-puak yang menuduh Rosmah ini ditutup mulutnya dengan tindakan mahkamah. Selagi Najib dan Rosmah berdiam diri tidak menyaman mereka ini selagi itulah mereka akan terus memainkan isu ini. 

Jadi kalau berani sila saman sesiapa sahaja yang membuat tuduhan itu wahai Najib dan Rosmah.

Perdana Menteri dan isterinya sepatutnya belajar dari kesilapan lama berkaitan isu pembelian kapal selam yang terus menimbulkan keraguan di kalangan rakyat lantaran kerana Najib tidak menyaman pihak-pihak yang menuduh beliau terlibat di mahkamah. Jika beliau membawanya ke mahkamah sudah tentu isu ini akan berakhir (itupun kalau beliau di pihak yang benar).



Comments