Perlantikan Pegawai Pengurus Pilihanraya : Pilihanraya Umum bila-bila masa akan dilangsungkan


Suruhanjaya Pilihanraya telah mula melantik Pegawai Pengurus Pilihanraya di semua konstituensi bermula 2 minggu lepas, demikian laporan yang dibuat oleh sebuah media hari ini. Sudah menjadi kebiasaan bahawa SPR akan melantik Pegawai tersebut 3 atau 4 bulan sebelum Pilihanraya Umum (PRU) dilangsungkan. Ini bermakna selepas perlantikan itu SPR boleh melangsungkan PRU pada Oktober atau November ini paling cepat.


Cakap-cakap bahawa PRU akan dilangsungkan pada tahun ini sudah lama kedengaran. Khabar ini semakin kencang selepas pemimpin BN dilihat semakin kerap turun padang malah Perdana Menteri sendiri dilihat begitu serius melakukan kerja ini. Sudah beberapa negeri beliau lawati dan sudah puluhan juta beliau umumkan projek-projek untuk memancing diundi di beberapa tempat. Malah beliau juga memperdagangkan jawatan menteri kepada MIC semata-mata untuk menarik sokongan pengundi India baru-baru ini.

Selain itu BN juga sudah meminta senarai bakal-bakal calon dari parti-parti komponen baru-baru ini. Umno juga telah menjalankan simulasi pilihanraya atau pilihanraya olok-olok baru ini sebagai persiapan mereka untuk menghadapi PRU.

Tidak syak lagi PRU akan berlangsung dalam masa terdekat. Rakyat diharapkan dapat menggunakan nikmat bulan Ramadhan ini untuk memohon petunjuk kepada Allah agar dapat memilih parti dan pemimpin yang ikhlas berjuang kepada Allah bukan parti yang sejak dari dulu meminggirkan Islam dan hukum hakamnya serta berani menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah.

Comments