Peringatan untuk PEMIMPIN PAS - Jangan GILA buat Kenyataan Akhbar

Saya menerima rungutan dari ahli dan penyokong PAS seluruh negara tentang budaya baru pimpinan PAS iaitu gila membuat kenyataan akhar di media termasuk media musuh - TV3, Utusan dan sebagainya.

Komen saya mudah sahaja - jangan gila untuk menonjolkan diri sendiri jemaah punah ranah disebabkan kesilapan kenyataan akhbar tersebut. Kita bercakap kita tidak sedar apa yang kita cakap. BANYAK CAKAP BANYAK SILAP. Musuh sentiasa menanti kenyataan kita...SEDIKIT KESILAPAN AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENYERANG KITA.......Berhati-hatilah ......

Gambar di atas sekadar hiasan

Comments

Anonymous said…
Saya setuju sangat-sangat. Bukannya apa..supaya tidak termasuk perangkap.
Satu lagi diharapkan para pemimpin PAS janganlah beri muka sangat kepada anak buah tu, seperti AJK Kawasan, AJK Masjid dsb. Takut nanti orang cakap macam "Kadok Naik Junjung". Lagipun komuniti PAS ni sering di copkan sebagai " Lebai Speaker ". Pantang ada majlis mesti guna "speaker", kalau tak tak seronok. Sedarlah sikit kadang-kadang keseronokan kita tu mendatangkan gangguan pada orang lain. Satu lagi tentang konsep berjemaah. Kita hanya pentingkan bilangan yang hadhir saja, tapi kita lupa akan konsep sebenar berjemaah itu. Yang biasa berlaku selepas sembahyang, maka rama-ramai bersalam, di sinilah cacatnya, kebanyakan tu tangan bersalam tapi mata kearah lain. Itulah bila jumpa di luar masjid, sudah tidak mengenali lagi antara satu sama lain. Cakap mesti serupa bikin !