Penyokong PR keluar parti

Tanda-tanda kecil dan besar bahawa pilihanraya umum akan diadakan pada masa terdekat sudah banyak. Terbaru 3 hari lepas seramai 40 ahli Angkatan Muda Keadian (AMK) bertindak keluar parti dan menyertai UMNO setelah 10 tahun bergiat aktif di dalam parti. 


Majlis penyerahan borang UMNO telah berlangsung 3 hari lepas yang turut disaksikan Penyelaras Parlimen Gombak,  Megat Zulkarnain.

Menurut salah seorang daripada bekas ahli PKR iaitu Khairul Jasry tindakan mereka keluar parti adalah disebabkan rasa hilang keyakinan dengan perjuangan parti.

Mereka juga merasakan tidak dihargai setelah bekerja keras memastikan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menang di dalam jawatan yang disandang beliau pada masa kini. 

Majlis tersebut turut dihadiri beberapa Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Gombak.

Kita yakin selepas ini lebih ramai pelakon-pelakon 'tambahan' akan berlakon menyerahkan borang keahlian Umno kepada pemimpin Umno. Malah seperti biasa ratusan malah mungkin ribuan ahli PAS akan diupah untuk mengaku telah kepercayaan kepada PAS. Trend dan strategi kuno ini akan terus digunapakai oleh Umno sebuah parti kolot, mundur dan berminda 60-an.

Comments