Penyelewengan Wang Zakat Melaka : Tiada kes kata SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Melaka menyatakan tiada kes penyelewengan wang zakat terhadap laporan PAS yang mahukan ianya disiasat. Laporan itu telah dibuat begitu lama iaitu pada 28 Februari 2011 dan ianya dipendamkan sehinggalah semalam

Pesusuhjaya PAS Melaka, Haji Adly Zahari sendiri mengungkitnya dengan datang sendiri ke Pejabat SPRM di Alai semalam.


Laporan PAS itu menyebut tentang penggunaan wang zakat RM13.5 juta bagi membina bangunan MAIM. Persoalannya kenapa wang Zakat digunakan, sedangkan kontrak sudah diberikan kepada kontraktor untuk membina bangunan tersebut dengan tukaran tanah milik MAIM. Akhirnya tanah tersebut hilang, duit zakat pun habis


Dalam kenyataannya kepada Haji Adly, Pegawai SPRM itu menyatakan bahawa tiada unsur rasuah berlaku cuma kesilapan teknikal.


Setelah diasak oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, akhirnya SPRM meminta PAS menyiasat sendiri. Jawapan ini memang suatu jawapan yang sangat tidak bertanggunjawab dan memalukan. Tugas SPRM menyiasat laporan bukannya bertegang urat dan mempertahakan orang yang disiasat.

Comments