Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Parlimen : Najib jangan lari dari menjawab isu penyelewengan status kewarganegaraan

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata Perdana Menteri jangan lari dari topik asal iaitu penyelewengan daftar pemilih dan juga penipuan dan pemalsuan status kerakyatan yang sangat mengancam keselamatan negara.

Salahuddin berkata Najib cuba membawa isu ini kepada hanya penubuhan jawatankuasa pilihan Parlimen yang hanya melibatkan pembaharuan pilihanraya bukannya mencakupi isu status kerakyatan.

"Kalau isu status kerakyatan ini dibiarkan begitu sahaja adakah kita rela orang asing yang tidak faham situasi dalam negara kita boleh menentukan masa depan politik negara" kata Salahuddin.

Kenyataan penuh Salahuddin boleh diikuti dari Klip Video di sebelah.


Comments